Selepas pemilihan PKR melabuh tirai
Itupun sudah cukup untuk membakar semangat penyokong parti, agar tidak menumbuk udara dengan laungan slogan, semata-mata untuk menyahut retorik murahan. Politik Malaysia seharusnya dilonjakkan untuk memperlihatkan persaingan dasar, dan bukan digula-gulakan dengan janji populis yang hanya akan menjahanamkan negara dari jangka panjang.