
Ismail Sabri bakal ikut jejak Pak Lah?
Apa yang harus difikirkan Ismail Sabri bukanlah sama ada beliau boleh berkuasa dalam masa 20 tahun akan datang, tetapi bagaimana dirinya dikenang rakyat selepas 20 tahun.

Renungan sempena Hari Malaysia
“Jikalau seseorang tidak diberi kebebasan untuk memilih, maka dia tidak harus dipertanggungjawabkan untuk menanggung kesan lantaran pilihan itu.”

Di sebalik pemenjaraan Najib
Kekejian bermula apabila kita memperbesar-besarkan sesuatu yang baik daripada si penyangak yang korup, berkuasa dan berada, di samping mencari-cari sesuatu yang buruk daripada si rakyat biasa yang mulia, miskin dan terpinggir, tanpa kita sedar bahawa kekayaan menyediakan segala syarat untuk berbuat baik, dan kemiskinan boleh menghimpit seseorang ke lembah kehinaan.

Setahun pentadbiran Ismail Sabri
Agenda-agenda sedemikian tidak semestinya mampu disempurnakan Pakatan Harapan, sungguhpun sekian lama diperjuangkan, tetapi ia kini dijayakan oleh seorang perdana menteri yang dikatakan tidak bersedia dan tiada wawasan.

Penilaian prestasi politikus menjelang PRU15
Kuncinya bukan sama ada kita suka atau benci Maszlee Malik ketika menilai prestasinya, tetapi sejauh manakah pencapaian Radzi Jidin dan Noraini Ahmad apabila dinilai dengan kayu ukur yang sama?

Selepas pemilihan PKR melabuh tirai
Itupun sudah cukup untuk membakar semangat penyokong parti, agar tidak menumbuk udara dengan laungan slogan, semata-mata untuk menyahut retorik murahan. Politik Malaysia seharusnya dilonjakkan untuk memperlihatkan persaingan dasar, dan bukan digula-gulakan dengan janji populis yang hanya akan menjahanamkan negara dari jangka panjang.

The Rescue: Pahlawan yang bukan dilahirkan berani
Lebih penting, nilai kemanusiaan dijulang sebagai obor untuk menerangkan kegelapan dalam gua. Dengan cahaya itu kita menemui punca masalah, kemudian mencari jalan keluar sungguhpun ia berdepan dengan kebuntuan dan risiko.

Lutfi: Tokoh wartawan rakyat
Malah keterbukaan inilah yang mengingatkan saya, agar sentiasa beradab ketika mengutarakan pandangan, sungguhpun kita terpaksa tidak bersetuju antara satu sama lain. Saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan rasa hormat ini berlaku dalam dua hala, dan sentiasa yakin bahawa satu hari nanti, dialog yang rasional dengan sikap yang matang boleh mengambil tempat di Malaysia, bumi yang sarat dengan kepelbagaian agama, kaum, budaya, bahasa dan lain-lain.

PKR: Siapa peduli siapa puak siapa?
Seperti biasa, kita tidak ditemukan jawapan, sebaliknya disuapkan dengan retorik. Pemimpin memuatnaik gambar makanan yang berwarna-warni dalam media sosialnya, mengucapkan selamat menyambut hari raya ini dan itu apabila tiba masanya, merakam video muzik sempena perayaan untuk menunjukkan bakat rap-nya, tetapi menyelam sehingga hilang dari radar apabila kontroversi tercetus dalam kehidupan bermasyarakat.

Ismail Sabri PM paling bertuah
Sama ada Ismail Sabri diperingati sebagai perdana menteri yang jatuh naiknya ditentukan nasib, atau seorang perdana menteri yang mengubah nasib Malaysia pada masa depan. Takkan Ismail Sabri sanggup dirinya dikenang dengan baju batik yang berwarna-warni sahaja?

Dari Kapten Sully ke Sam Ke Ting
Prinsipnya, seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Walaupun bersalah, dia seharusnya dihukum mengikut undang-undang sedia ada. Peranan peguam bela adalah untuk memastikan anak guamnya tidak dihukum lebih berat daripada kesalahan yang dilakukan. Pesalah memiliki hak asasi juga walaupun pernah melakukan kesalahan. Pesalah tidak harus dinafikan terus hanya berdasarkan satu kesilapan yang dilakukan dalam hidupnya.

Entah berapa pusingan PRU lagi
Bersedia untuk senario terburuk tidak bermaksud kita menolak untuk membuat persediaan terbaik, apatah lagi “mengharapkan senario terburuk itu berlaku”. Siapa yang mendoakan dirinya ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit kronik, sebaik sahaja membeli insuran?