Pengundi Cina deposit tetap PH?

Daripada menyalahkan pengundi, mungkin PH perlu bermuhasabah, apakah mereka berdiri teguh atas prinsip apabila berdepan dengan dugaan? Jikalau tidak, apakah mereka boleh menyalahkan pengundi kerana tidak lagi mempertahankan prinsip moral?

Bagaimana perkauman jahanamkan kita

Sam Ke Ting tidak muncul andainya remaja ini tidak berada di jalan raya yang gelap pada awal pagi, dan remaja ini akan berada di tempat yang terang dan selamat, jikalau pemerintah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik untuk menjamin kepentingan semua.

Zaman tak lagi memihak Kit Siang

Seseorang tokoh tidak dinilai semata-mata dengan kegemilangan yang dibawanya untuk parti, tetapi juga kesediaan mempersiapkan pelapis partinya dengan generasi muda untuk melanjutkan perjuangan pada masa depan.

Di mana PKR dalam landskap politik tanah air?

PKR benar-benar diuji sejauh mana sokongan Melayu yang diraihnya dalam PRN Melaka, tanpa kehadiran PAS dan Bersatu dalam pakatannya kali ini. Kesudahannya pahit untuk ditelan, namun inilah realitinya.

Ada apa di sebalik tudung Hannah?

Siapapun diri kita, sama ada wakil rakyat, pemimpin politik, agamawan, rakyat marhaen, selagi kita menghormati setiap individu sebagai insan yang bermaruah, memberi hak kepada mereka yang berhak, membela mereka yang terpinggir dan tersisih, agar mereka hidup di atas bumi ini sebagai seorang insan yang bermaruah, terbela dan gembira, maka itulah kemalaysiaan pada tahap kemuncaknya.

PH selepas PRN Melaka

Apapun, politik Malaysia hari ini lebih baik berbanding politik tanah air pada tahun 2013. Sungguhpun bercelaru, namun kuasa tidak lagi dimonopoli Umno. Lagipun, setelah berkali-kali dibadai gelombang suara rakyat, Umno-BN kini terpaksa menyusun semula langkahnya untuk bersaing dengan parti politik lain, menampilkan sosok seperti Khairy Jamaluddin dan Azalina Othman Said untuk menjuarai isu pentadbiran dan reformasi institusi.

Arak dan judi

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa tulisan ini bukan untuk menghalalkan judi dan arak, tetapi sekadar menawarkan satu perspektif untuk menjelaskan mengapa “ia bukan dosa yang besar” dalam kalangan bukan muslim. Ya, judi dan minum arak adalah amalan yang tidak digalakkan, tetapi sebahagian besar masyarakat bukan muslim tidak rigid dalam hal ini.

Kepelbagaian: Pengalaman, bukan retorik

Malaysia terkedepan dalam aspek ini. Formula yang kita tawarkan mungkin tidak sempurna, tetapi layak dijadikan rujukan - jika pun bukan teladan - dunia antarabangsa ketika berdepan dengan konflik agama, budaya dan bahasa. Kita menyaksikan bagaimana bahasa dan budaya kaum minoriti dipelihara, dan kemudian diadunkan untuk menjadi budaya tempatan yang unik.

Timah dan Bak Kut Teh

Sebagai warga negara, rakyat bukan Melayu-muslim ini membayar cukai, menyimpan wang mereka di bank tanah air; mereka berhempas-pulas di gelanggang sukan agar jalur gemilang berkibar di persada antarabangsa. Namun apabila berlakunya pergelutan kuasa, hak mereka pula dipertaruhkan, tanpa sehiris kepekaan terhadap sentimen mereka.

Video seks lagi

Dalam kes ini, bukankah keghairahan untuk mengaibkan orang lain, juga perlu dijaga batasnya? Tepuk dada tanya selera, apakah kita terlajak batasnya dalam keghairahan kita menegakkan keadilan, sehingga kita teruja untuk membuktikan diri kita di pihak yang benar dengan cara mengaibkan orang lain, sama ada sengaja atau tidak?

Norma baru pilihan raya cabaran getir buat PH

Dengan kata lain, rundingan kerusi dan pelantikan calon wajar disegerakan, agar mereka yang bakal bertanding, mula membina jalinan tempatan dan bekerja sekarang. Ia juga mengelakkan sabotaj cawangan tempatan apabila diturunkan calon dari helikopter pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon.

Anwar perlu berdepan dengan realiti

Apapun, saya mengaku bahawa Anwar kelihatan teragak-agak dan tidak menampilkan kepimpinan yang tegas dalam hal ini. Sosok ini menampakkan perubahan yang ketara terutamanya sejak bebas dari penjara, menzahirkan tanggapan bahawa beliau sedang menurun dari kemuncak dalam hayat politiknya.