Jawi dan Pendidikan: Perspektif Sejarah

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, kertas bertajuk “Jawi dan Pendidikan: Perspektif Sejarah” akan dibentangkan pada 16 Oktober 2020 (Jumaat), 8:30pm-10:00pm, dalam bahasa Melayu, dengan siaran langsung melalui Facebook. Profesor Wong Chin Huat akan menjadi pemudahcara sesi pembentangan ini. Program ini dianjurkan bersama Penyelidikan Sosio-Budaya SAUDARA dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).

Benci non-muslim bukan tuntutan Islam

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Solat Jumaat dan Covid-19

Pesanan seorang ulama Islam pada kurun ke 14 yang bernama al-Imam Syatibi yang pernah berkata: “Syariah itu diturunkan untuk memberi kebaikan kepada semua hambaNya (manusia)”.

Ustaz Golongan Progresif

“Kalau kita yakin Tuhan buat akal untuk kita fikir, kenapa takut? Dari situ aku kata pada diri aku, aku kena jujur pada diri sendiri dan mengambil sikap apa-apa pun kena belajar dari sesiapa sahaja hataa (walaupun) dari non-Muslim pun. Tuhan telah memberikan akal kepada kita untuk berfikir dengan tenang,” kata Wan Ji.

Nusyuz: Apabila Lelaki Tidak Tunaikan Tanggungjawabnya

Ungkapan nusyuz yang difahami ramai muslim hanya berlaku pada kaum wanita sahaja adalah tidak tepat. Nusyuz juga berlaku kepada lelaki, jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai suami.

Zakat Kepada Non-Muslim

Apabila diteliti, didapati apa yang dilaksanakan di Perlis itu bukan sepertimana yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana, amalan di Perlis itu adalah merujuk kepada pemaknaan Muallafatul Qulub, sedangkan Anwar Ibrahim memaksudkan kepada pemaknaan fakir dan miskin.

Agama Anak Untuk Ibu Bapa Berbeza Agama

Memandangkan ia perkara ijtihad, dan kemaslahatan itu sifatnya tidak sama, makanya tidak salah mengemukakan ijtihad baru dalam hal ini. Asalkan ia tercapai bagi tujuan syariah diturunkan – memberi kemaslahatan kepada manusia.

Pertikaian Hadis Palsu

Penghinaan terhadap Nabi saw boleh sahaja berlaku dengan cara mencipta dan menyebar luaskan Hadis-Hadis palsu. Ini kerana, Nabi saw pernah berkata: “Barangsiapa yang melakukan pendustaan atasku, dia telah menempatkan dirinya satu tempat dalam neraka”.

Poligami: Antara Keizinan Dengan Larangan

Firman Allah, “Jika kamu bimbang tidak berlaku adil, maka nikahilah seorang isteri sahaja”. Apatah lagi, pada ayat sambungan disebut: “Demikian itu adalah lebih hampir untuk kamu tidak melakukan penganiayaan” (Surah al-Nisa’ 4:3).

Tidak berpuasa: Jenayah atau Kesalahan Moral?

Apabila disebut kesalahan moral, ia tidak diatasi dengan hukuman dan undang-undang, tetapi perlu diatasi dengan pendidikan. Dengan sebab itu, sebagai seorang Nabi yang mempunyai moral dan akhlak yang tinggi, Baginda saw pun tidak pernah mengambil tindakan undang-undang, mahupun disediakan hukuman bagi pesalah moral.

Tiada Rejam dalam al-Quran

Andai penzina muhsan yang merdeka dijatuhkan hukuman rejam, sudah pasti tidak masuk akal untuk melaksanakan hukuman separuh rejam kepada penzina muhsan dari kalangan hamba. Dengan itu, dipercayai amalan rejam dalam Hadis itu diragui keabsahannya.

Kafir atau Non-Muslim?

Terdapat non-muslim yang tidak kafir, iaitu apabila dia menjadi non-muslim tanpa diberikan hujah yang benar; ataupun dia menjadi non-muslim kerana dia mendapat gambaran yang salah berkenaan Islam.