Menanggapi stereotaip kaum dan prejudis

Kita perlu membina semula kepercayaan antara satu sama lain. Kita harus bersikap matang dan rasional, ketika berbicara soal kaum dan agama. Andainya iklan Hari Kemerdekaan terbitan IKRAM pun gagal kita bicara dengan baik, ia bermakna lebih usaha perlu kita curahkan lagi.

Mewarisi wawasan Siddiq Fadzil

Barangkali kita perlu bertanya kepada diri kita, mengapa tokoh intelektual seperti Dr Siddiq Fadzil tidak diangkat selepas pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018? Mengapa ideanya untuk mencerahkan minda masyarakat tidak dijulang bagai obor, sebaliknya ahli akademik yang tidak akademik ditonjolkan untuk memperbodohkan masyarakat?

Ada apa dengan Kerajaan Melayu-Islam?

Justeru itu, saya menjangkakan pemimpin PAS lebih berempati dengan situasi rakyat marhaen, kerana pernah mengalami zaman serba tiada. Dengan kuasa yang ada dalam tangan, mereka harus cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rakyat yang terdesak, apatah lagi penderitaan rakyat sekarang tidak lain tidak bukan berpunca daripada ketidakcekapan urus tadbir kerajaan yang dianggotai PAS.

Siapa bentuk perwatakan Cina Malaysia?

Begitu juga andainya kita bertukar kedudukan. Bayangkan, apabila Cina DAP menghulurkan tangan, diragui pula ada konspirasi kristianisasi di sebaliknya; Apabila Cina Dong Zong menghulurkan derma, dituduh pula pandai berlakon. Cuba kita renung sejenak, bukankah hujah-hujah sedemikian, mematahkan semangat mereka untuk terus membina jambatan? Bukankah retorik murahan sedemikian, mempengaruhi Cina atas pagar untuk berfikir, “Buat apa pun tak guna. Baik Cina tolong Cina sahaja”?

Riwayat sebuah kerajaan gagal

Demikianlah riwayat sebuah kerajaan gagal. Ia membohong untuk menutup pembohongan pertamanya, dan berakhir dengan pembohongan demi pembohongan yang sukar disorok lagi. Ia mencetuskan satu krisis lain untuk menyelamatkan diri dari krisis yang melandanya, berakhir dengan semakin banyak krisis yang melambak.

Cina: China, Taiwan dan Malaysia

Apapun, dunia sekarang terlalu rumit untuk difahami hanya melalui warna kulit. Setelah mengharungi pengalaman sejarah yang berbeza, bangsa Cina dicorakkan dengan perwatakan yang jelas berbeza, antara China, Taiwan dengan Malaysia.

Fakir yang tersembunyi

Ya, sememangnya penting untuk membantu mereka yang miskin, tetapi membantu mereka yang terdesak juga tidak kurang pentingnya. Hakikatnya, ramai wakil rakyat, jabatan kebajikan memiliki senarai keluarga yang miskin, maka keluarga miskin jarang diabaikan ketika sumber bantuan diagihkan. Namun, tidak mudah untuk kita mengesan “fakir tersembunyi” yang muncul lantaran impak pandemik.

Bukan semua benar atas nama kebenaran

Bayangkan, apakah yang akan terjadi seandainya kesemua anggota masyarakat bertindak sendiri dengan keganasan atau ugutan untuk menyelesaikan perselisihan yang melibatkan kepentingan awam? Apa gunanya balai polis dan mahkamah, jikalau masing-masing mengugut dan mengasari mereka yang dianggap tidak betul, atau tidak mengikut selera kita? Sudah tentu satu masyarakat akan menjadi kecoh dan huru-hara!

Perkauman semakin mendongakkan kepala?

Impaknya bergolek-golek. Politikus oportunis menyiram minyak ke dalam api, sementara ahli politik yang beridealisme pula takut dibadai seandainya menongkah arus.

“Negara tanpa pemimpin”

“Kita sedia maklum bahawa retorik ‘pembela Islam’ dibingkaikan untuk mengasak PH. PH pula terperangkap, menggunakan hujah Pas untuk mengasak Pas ketika Pas menjadi kerajaan. Sudah tentu PH gagal menyaingi Pas dalam bab ini. Pas akan mengheret PH ke satu darjat yang sama rendah dengannya, dan kemudian menumpaskan PH dengan pengalaman mereka,” katanya.

Arak dan mabuk kuasa

Jikalau hak bukan Islam diiktiraf, jangan jadikan arak sebagai sasaran untuk dimangsakan. Mereka mencari rezeki, dan mereka membayar cukai untuk minuman tersebut. Tidak adil andainya cukai dikutip daripada mereka, tetapi mereka dimangsakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik sendiri. Sedangkan kongsi gelap pun tidak mengganggu penduduk setempat setelah dikutip “wang perlindungan”, apatah lagi kerajaan?

20 tahun selepas MCA beli Nanyang

Iktibarnya, retorik perpaduan kaum adalah mitos yang mengarut. Ia tidak melonjakkan martabat dan kekuatan sesebuah bangsa, sebaliknya mengundang kebinasaan. Ia berlaku di mana-mana sahaja, dan moga-moga kita tidak perlu mengulangi kesalahan demi kesalahan untuk memahami teori ini.