Rohingya: Kebinatangan, kemanusiaan dan ketuhanan

Dengan mulut yang membaca doa siang dan malam, kita mencaci segolongan manusia yang lain sebagai sampah. Malah, tangan kita yang masak serba tak jadi itu, tidak jadi juga menghulurkan bantuan. Kita bukan Pi yang tersepit untuk memakan mayat manusia, tetapi mengapa kita membiarkan harimau dalam jiwa kita untuk membaham Rohingya yang gagal membalas serangan kita?

Muay Thai lwn kung fu China di alam maya

Penapisan yang keterlaluan akan membantutkan pemikiran masyarakatnya. Jelas, netizen China gagal memahami “musuh” yang sedang dilawan, sehingga mereka terpinga-pinga kerana hilang akal untuk berdepan dengan kreativiti dan kenakalan netizen Thai. Mereka masih hidup dalam dunia yang digambarkan oleh kerajaan komunis China kepada mereka.

Anwar-Sisyphus; Mahathir-Hang Tuah

Mungkin ini sebabnya, atau mungkin lebih tepat, akibatnya apabila kita tidak habis menelaah Hikayat Hang Tuah hingga bahagian akhirnya. Segala titisan keringat untuk mereformasikan Malaysia, kini bergolek bagai bola salji ke kaki gunung. Cuma, siapakah yang akan menolak semula batu ini ke puncak gunung kali ini, bosku?

Covid-19 dan Malaysia Baru

Realiti yang terpampang di depan mata juga menyaksikan bagaimana pengamal perubatan - tanpa mengira kaum - menjadi benteng paling depan untuk memerangi wabak Covid-19. Kisah bagaimana tangan seorang doktor Cina dipegang oleh pesakit Muslim sebelum didoakan agar dilindungi Allah daripada Covid-19 membuatkan doktor Cina itu merasai kerjanya berbaloi.

Antara Mahathir dengan Anwar

Tatkala kita merungut “politik hanyalah perebutan kuasa semata-mata”, atau “jatuh-menjatuhkan sesama politikus”, bukankah sikap politik kita juga menjurus kepada apa yang berlaku sekarang? Kita cuba memaksakan apa yang kita mahu kepada yang lain, tanpa inisiatif untuk berdialog dengan golongan yang berbeza dengan kita.

Ada apa dengan ‘Parasite’?

Bong Joon-ho memaparkan bagaimana perwatakan manusia berbeza dan berubah dalam realiti hidup yang rumit dan kompleks. Tiada watak baik mahupun jahat yang bersifat mutlak. Status ekonomi dan sosial, keadaan hidup menjadi faktor penentu perangai dan kerenah seseorang manusia.

Bahasa bukan alasan untuk membuli

Lebih ketara, penguasaan bahasa Melayu seolah-olah dijadikan satu-satunya kayu ukur semangat patriotisme seseorang warga negara. Lantas ia mengundang persoalan, apakah seorang yang fasih bertutur bahasa Melayu, tetapi membuang puntung rokoknya merata-rata di tepi pantai, lebih patriotik berbanding seorang yang kaku lidahnya ketika bertutur bahasa Melayu, tetapi dengan sukarela membersihkan sampah di taman perumahannya – agar kanak-kanak yang bermain di situ tidak terdedah kepada kekotoran, atau risiko demam denggi?

PPSMI: Bagaimana dengan mereka yang ketinggalan?

Penggubalan dasar perlu mengambil kira keperluan golongan yang ketinggalan dan terpinggir dari segi ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Anak-anak dari keluarga yang berada di bandar, memiliki seribu satu cara dan peluang untuk mempersiap-sediakan dirinya, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang hidupnya serba-kurang? Boleh jadi mereka terus ketinggalan, menjurus kepada amalan ponteng sekolah, dan lama-kelamaan, berakhir dengan tercicir begitu sahaja.

Andrea Kan, Mama Bersih yang berani

“Saya berdiri di atas pentas. Ratusan ribu mendengar ucapan saya. Ratusan ribu bersorak untuk saya. Siapapun, sudah tentu dilambung keghairahan dalam suasana sebegitu. Tetapi, apabila diimbas kembali, bukan main gentarnya saya ketika itu.” Andrea dipetik berkata sedemikian oleh rakannya, Tan Sek Choong.

Jawi: Kepelbagaian suara dalam masyarakat Cina

Satu pertubuhan Cina, Memorial Lim Lian Geok, telah mengadakan kelas penulisan kaligrafi Tamil dan Jawi pada hujung Oktober dan awal November 2019, tatkala pertikaian ini masih hangat diperdebatkan. Cikgu Ishak Surin diundang sebagai guru untuk mengajar tulisan Jawi, dan Dr. Velu Perumal pula diundang untuk mengajar tulisan bahasa Tamil – kepada peserta keturunan Cina yang berminat untuk belajar.

Transformasi Dong Zong

Apakah hubungan kaum boleh bertambah baik, dengan pengharaman Dong Zong? Bukankah ia boleh menjadi satu langkah provokasi, menebalkan lagi tanggapan bahawa kerajaan ini sememangnya menganaktirikan komuniti Cina?

Jawi: Membina kepercayaan antara kaum

Bagaimana pula kerajaan PH menjawabnya? Ketika himpunan anti-ICERD, Kongres Maruah Melayu berlangsung, bukankah ia dibenarkan atas nama “hak dan kebebasan”? Jadi mengapa prinsip yang sama tidak digunakan atas persidangan tertutup Dong Jiao Zong?