Tanjung Piai noktahkan politik perkauman?

Akhirnya satu Malaysia menjadi sinis. Rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa perubahan boleh berlaku. Menekan ikon “ketawa” di Facebook menjadi satu-satu caranya untuk melibatkan diri dalam hal-ehwal politik. Mereka memperlekehkan segala-galanya, tanpa disedari bahawa mereka juga menjadi sebahagian daripada apa yang diperlekehkan.

Jawi: DAP, Dong Zong dan Cina

Tatkala masyarakat Cina kelihatan seolah-olah diselubungi sentimen “menolak Jawi”, satu pertubuhan Cina, Tan Kah Kee Foundation – menerbitkan kalendar tahun 2020-nya dengan menampilkan tulisan Jawi, kaligrafi Cina dan Tamil.

Kita membayar untuk maklumat percuma

Di sini melambaknya berita palsu, atau berita yang dipetik bahagian tertentu, diperbesarkan, dan dicampur-aduk dengan berita yang direka. “Maklumat” sedemikian membanjiri laman media sosial kita setiap hari. Cuba buka WhatsApp, mahupun Facebook misalnya, berapakah berita palsu yang terkandung di dalam telefon pintar kita?

Formula PR vs PH

Saya masih ingat adegan di mana mendiang Karpal Singh selaku Pengerusi DAP pada tahun 2010, menyeru agar PAS mempertahankan hak bukan Islam di bawah kerangka Perlembagaan Persekutuan, sementara DAP akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi. Situasi ini sedikit sebanyak meredakan suasana yang agak tegang dalam PR ketika itu. Malah, ada yang teruja kerana ia memecah imej stereotaip yang terpahat dalam minda masyarakat selama ini -- “DAP hanya akan menjuarai isu non-muslim”, dan “PAS mempertahankan Islam sahaja”.

Membaca sentimen masyarakat Cina di Tanjung Piai

Sokongan pada paras 95% adalah tidak normal, dan angka ini akan kembali normal pada satu hari nanti. Bagaimanapun, ini tidak bermakna PH harus melepas tangan untuk membiarkan penurunan secara mendadak. Sebaliknya, sentimen masyarakat Cina perlu ditelaah secara rasional, kerana seandainya mesej yang ingin disampaikan itu disalah-tafsir, maka ia bakal mengundang kekalahan yang lebih besar pada masa depan.

PRK Tanjung Piai: Sentimen masyarakat Cina

Seandainya DAP mengambil sikap berkeras terhadap rakan partinya dalam Pakatan Harapan, maka ia akan mengiyakan tuduhan yang dilontarkan dalam masyarakat Melayu-Muslim selama ini, iaitu DAP mendominasi PH. Seandainya DAP berlembut dan cuba membela parti sekutunya, maka ia akan dilihat tidak berbeza dengan MCA, yang dituduhnya sebagai pengecut, malah pengkhianat di depan khalayak Cina selama ini.

Pemergian seorang wira tanpa wajah

Pemergian mendiang Rexman Pow Kien An secara tiba-tiba pada usia 45 tahun ditangisi masyarakat sivil, khususnya dalam kalangan mereka yang pernah bergiat aktif dalam Mama Bersih. Sosok tubuh dengan perwatakan rendah diri sepanjang penglibatannya dalam gerakan sosial, kini bersinar dalam ingatan ramai sebagai insan yang mulia.

Utusan Malaysia: Catatan pengalaman peribadi

Akhbar yang berusia 80 tahun (bermula dengan Utusan Melayu pada tahun 1939, dan Utusan Malaysia pada tahun 1967) bagaimanapun tidak sempat menyaksikan detik saat Wawasan 2020 direalisasikan. Amat kesal, apabila tiada pengganti selepas arwah Said Zahari. Moga-moga, apapun akhbar baru yang muncul selepas ini, bukan pengganti Utusan yang lama.

Antara amanah dengan profesional

Amanah bukan soal hasrat murni peribadi, tetapi juga kecekapan dan keberkesanan pentadbiran. Jikalau benar ikhlas untuk mempertingkatkan integriti kepimpinan, sila pertingkatkan profesional anda.

Mampukah kita dirikan media merdeka?

Saya tidak menyimpan niat agar Utusan Malaysia dirobohkan, tetapi meminjam ayat pantun Dr.Burhanuddin Al-Helmi, “Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa Merdeka”, saya ingin melontarkan cabaran, “Mampukah kita dirikan media merdeka?”

Pengalaman dan renungan perihal BMF

Mengapa orang Islam di Malaysia tidak yakin bahawa orang bukan Islam di Malaysia akan turut sama menghulurkan bantuan untuk mengangkat kedudukan ekonomi mereka?

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Seseorang muslim belajar bahasa Arab supaya lebih memahami teks kitab al-Quran; seseorang peminat K-Pop sanggup belajar bahasa Korea agar dirinya lebih menghayati produk budaya hasilan idola pujaannya. Cabarannya, apakah faktor tarikan untuk bahasa Melayu dikuasai?