Cuba Memahami Tekad Politik PAS
Antara diserang kerana mempertahankan nilai politik keadilan, kesederhanaan, bersih dari rasuah, dengan diserang kerana mempertahankan politik perkauman, perasuah, mana yang lebih berbaloi?
Wang Tidak Mampu Beli Maruah Rakyat Malaysia
Satu klip video diviralkan, menayangkan bagaimana seorang anak mengajar ibunya yang berusia 90-an untuk memangkah kertas undi. Dilukisnya logo parti yang bertanding, dengan susunan yang berbeza pada kertas yang berlainan, dan dilatihnya berkali-kali untuk memastikan orang tua itu memangkah dengan betul dalam petak di sebelah logo PKR yang digunakan calon PH.
Umno-PAS bersanding: Malaysia bahagia?
Seandainya PAS bersama Pakatan Harapan ketika PRU14, sudah tentu sebahagian tuntutannya akan terangkum dalam agenda kerajaan pada hari ini, walaupun bukan kesemuanya. Inilah keputusan yang paling dikesali untuk penyokongnya, kerana PAS terlepas peluang untuk melonjakkan diri dalam politik arus perdana, hanya disebabkan keputusan sekerat pemimpin, walhal anggotanya berjuang berdekad-dekad untuk saat-saat yang bersejarah ini.
Revolusi Tanpa Darah: Rakaman Semangat Zaman
Lama-kelamaan kita hilang kemampuan untuk menghayati apa yang ada, seolah-olah ia berlaku dengan mudah. Ketidakupayaan kita untuk menelusuri sejarah, malah membuka perspektif seluas-luasnya, membuat kita mengambil mudah dengan kemudahan yang ada.
Nama Islam terheret kerana politik
Persoalannya, bagaimana kita tahu perjuangannya untuk Islam, kerana habuan kemenangannya, misalnya AP (lesen import) yang diperuntukkan kepada ahli parlimen, dimanfaatkan anaknya untuk membeli kereta mewah Porsche Cayman, yang tiada kena-mengena dengan Islam?
Sekolah Cina: Perlu Perdamaian Dalam Politik Identiti
Apa megahnya kita andai bahasa yang kita kuasai ini digunakan untuk menyemarakkan pertelingkahan dan permusuhan?
Buat baik untuk dibalas baik?
Jikalau tiada jaminan bahawa berbuat baik itu dibalas dengan jasa budi, atau kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk perbuatan mulia itu – apakah kita masih sanggup melakukannya? Misalnya, apakah kita sanggup berdepan dengan risiko dipenjarakan, semata-mata untuk bercakap benar di depan penguasa yang zalim?
Bangsa mangsa
Bagaimana sesebuah negara boleh maju seandainya bangsanya menganggap diri sebagai mangsa, malah berebut-rebut untuk menjadi mangsa, dan mahu menjadi mangsa selama-lamanya?
Selepas himpunan anti-ICERD, retorik UMNO- PAS dominan?
Seandainya dikupas dengan lebih mendalam, situasi “kelam-kabut” dalam PH ini disebabkan tiada persefahaman, atau tiada muafakat dicapai dalam kalangan parti komponen.
Perbezaan bukan melemahkan, tetapi itu kekuatan kita
Apa yang pasti, pendekatan konfrontasi selama 61 tahun lalu gagal menyelesaikan masalah kita. Moga-moga, pendekatan muafakat yang dimulakan ini, menghakis “rasa tidak selamat” yang terpendam dalam hati, dan berakhir dengan keadaan “menang-menang” untuk semua pihak.
ICERD: Jurang persepsi antara kaum
Bagaimana emosi bukan Melayu tidak terusik, apabila mereka yang tidak mampu memilih warna kulitnya, tidak berkuasa untuk memperbaiki nasib Melayu – dipersalahkan atas penyelewengan yang dilakukan oleh sang penguasa yang mengkhianati Malaysia?
Adilkah dihukum kerana DNA?
Tiada seorang pun daripada kita berupaya menentukan keturunan diri kita. Maka timbul persoalan, adakah adil jikalau seseorang manusia diberi layanan yang berbeza, semata-mata kerana DNA yang gagal ditentukan dirinya?