Entries by Lim Hong Siang

Arak dan mabuk kuasa

Jikalau hak bukan Islam diiktiraf, jangan jadikan arak sebagai sasaran untuk dimangsakan. Mereka mencari rezeki, dan mereka membayar cukai untuk minuman tersebut. Tidak adil andainya cukai dikutip daripada mereka, tetapi mereka dimangsakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik sendiri. Sedangkan kongsi gelap pun tidak mengganggu penduduk setempat setelah dikutip “wang perlindungan”, apatah lagi kerajaan?

20 tahun selepas MCA beli Nanyang

Iktibarnya, retorik perpaduan kaum adalah mitos yang mengarut. Ia tidak melonjakkan martabat dan kekuatan sesebuah bangsa, sebaliknya mengundang kebinasaan. Ia berlaku di mana-mana sahaja, dan moga-moga kita tidak perlu mengulangi kesalahan demi kesalahan untuk memahami teori ini.

Cikgu Lee, pelaksana idealisme yang disanjungi

Cikgu Lee meneruskan kerja komunitinya, dari pemeliharaan tapak warisan sejarah, sehinggalah penjagaan alam. Daripada catatan sahabatnya, hampir kesemua mengaku belajar sesuatu daripada Cikgu Lee. Jiwanya sarat dengan ilmu, sentiasa terpanggil untuk membela golongan terpinggir, dan tidak teragak-agak untuk tampil menegakkan keadilan.

东方:只要不倒,就是不败

如今回想,或许我们对《东方》寄望过高,希望它在垄断中突围,继而撼动《星洲》第一大报地位,甚至与内政部周旋到底,惟社会的知识圈、文化土壤,甚至资源都无法提供《东方》茁壮成长的条件,为恨铁不成钢的遗憾结局,埋下伏笔。

Malam ini kita anak Malaysia, esok …

Bagaimana Lee Zii Jia yang lahir dari SJK (c) Keat Hwa boleh menyatukan satu Malaysia, jikalau benar sekolah jenis kebangsaan punca perpecahan masyarakat Malaysia? Dan apabila kita menyaksikan bagaimana ibu bapa Lee Zii Jia bertutur dalam bahasa Melayu yang lancar (malah istilah yang digunakan agak berbunga-bunga bagi Cina yang segenerasi dengannya), apa lagi yang kurang “Ke-Malaysia-an” daripada keluarga Cina ini?

巫统大会以后

只要马来主流社会认为“行动党是最大的矛盾”,则三个穆斯林马来政党必须放下分歧,把枪口一致对外,谁都不敢背负“为了掌权不惜让马来穆斯林政权垮台”的罪名。直到一天马来主流社会对行动党改观时,认定国盟政绩不堪、伊党治理无能、巫统贪腐无药可救远比“行动党”危险时,这个局面才有可能打破。

YB ‘selfie’

Malah, pernahkah pemimpin politik ini berfikir sejenak, dari sudut seorang pengundi yang waras akalnya, apakah saya akan mengundi seorang pemimpin untuk mewakili suara saya, sedangkan perangai yang ditunjukkan itu tidak lebih matang daripada seorang remaja tingkatan dua?

Umno sendiri gugat kestabilan politik

Wajar kita sedar, bahawa kestabilan datang apabila pemimpin politik menyedari kekuatan dirinya, dan sanggup berlapang dada untuk merangkumi kekuatan pihak lain, agar kekuatan bersama terbina, lantas kestabilan tercapai. Mereka tidak membolot semua ketika berkuasa, mereka tidak merampas setelah hilang kuasa. Mereka akur dengan etika dan peraturan-peraturan yang sedia ada dalam sistem demokrasi. Mereka menunggu mandat baru daripada rakyat apabila tiba masanya.

以气球取代爆竹的代议士

毕竟,我们选的是议员,不是艺人。如果你真觉得自己是被政治耽误的艺人,不如金盆洗手,当网红去。扪心自问,哪个心智正常的选民,会放心将自己的未来,托付给一个把气球当爆竹燃放的中年人?

PRU15 dan pemilihan Umno, mana dulu?

Atau, apakah parlimen harus dibubarkan, sebelum atau selepas pemilihan Umno? Andainya sebelum pemilihan Umno, bagaimana jikalau Zahid masih menakhodai Umno, dan cuba sedaya-upaya untuk sabotaj PPBM? Andainya selepas pemilihan Umno, bagaimana pula jikalau presiden baru Umno memperolehi sokongan yang lebih besar, untuk dinobatkan sebagai PM?

Andai Maszlee ‘perform’ macam Radzi

Justeru itu, tibanya masa kita menilai semula, apakah keresahan dan kegusaran yang ditimbulkan sepanjang tempoh 22 bulan PH berkuasa itu, adalah sesuatu yang sahih dan benar? Atau ia semata-mata diada-adakan untuk menghasut emosi kita, agar kemarahan dan kebencian yang tercetus, membuatkan kita hilang kesabaran dan pertimbangan yang waras ketika menilai, sehingga kita sanggup memberi laluan kepada pengkhianat (mandat rakyat) untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang (atau tebuk atap)?