Pemimpin mesti Melayu?
Dalam salah satu komentar, Dr.Rashid Ghanoushi menjelaskan bahawa faktor konteks dinasti yang berbeza dari konteks demokrasi, menjadikan wacana politik era dahulu tidak wajar diteladani lagi.
This author has yet to write their bio.Meanwhile lets just say that we are proud Wanji contributed a whooping 133 entries.
Dalam salah satu komentar, Dr.Rashid Ghanoushi menjelaskan bahawa faktor konteks dinasti yang berbeza dari konteks demokrasi, menjadikan wacana politik era dahulu tidak wajar diteladani lagi.
Walaupun kerjasama itu berlaku atas asas demokrasi, tetapi pendekatan perkauman dan menaikkan sentimen agama wajar dielak. Justeru, pemimpin PAS dan UMNO bukan sekadar perlu elak sebarang kenyataan yang membawa kepada sentimen agama dan kaum, malah mereka perlu memastikan ahli bawahan mereka terhindar dari terlibat dengan sentimen ini, kerana ia boleh memberi suasana tidak selesa sesama warga negara.
Sudahlah yang melaungkan slogan maruah Melayu itu adalah mereka yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana dan kepentingan Melayu. Itu pun sudah menjadikan ramai semakin “tidak respek” dengan Melayu. Lebih membimbangkan, agama pula tidak dihormati hanya kerana agama dipergunakan oleh orang tertentu dalam sakiti slogan tersebut.
Sebelum PAS berkawan dengan DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat (PR), dalam banyak syarahan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz PAS; mereka “memfatwakan” bahawa mengundi calon non Muslim adalah haram. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian - apatah lagi semasa gabungan PR, bukan sekadar PAS menggunakan hujah agama untuk membolehkan mengundi calon non Muslim dari DAP, malah PAS sendiri telah menghantar individu non Muslim sebagai calon parti mereka.
Menarik direnung, pada peringkat awal, ungkapan yang dipopularkan adalah “penyatuan Ummah”. Tetapi, tidak semena-mena dua parti yang berorentasikan kaum dan agama itu memutuskan untuk menukar kepada ungkapan lain - Piagam Muafakat Nasional.
Malaysia boleh dikatakan antara negara yang memperuntukkan perbelanjaan agak tinggi untuk institusi Islam. Dengan peruntukan sebegitu, sewajarnya ia dimanfaatkan untuk membijakkan umat berkenaan Islam, bukan sekadar menunjukkan kuasa semata-mata.
Ketika kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain.
Keunikan masyarakat Malaysia ini, sewajarnya dianggap satu kebanggaan negara kita. Kita sebagai warganegara Malaysia perlu membuktikan kepada dunia bahawa kepelbagaian agama dan bangsa dalam negara ini tidak menjadikan kita berbalah, malah kita mampu duduk bersama-sama dengan harmoni, kasih sayang dan saling menghormati.
Saya kira, semua aliran pemikiran dan mazhab, jika tidak diganggu dengan undang-undang, malahan dibiarkan bergerak secara persaingan hujah, ia boleh melahirkan kualiti beragama di Malaysia - beragama bukan sekadar ikut-ikut, tetapi beragama secara kefahaman dan penghujahan.
Pada saat kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk Islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah bukan menyalahkan produk orang lain, tetapi mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain.