Melayu bermaruah, Melayu tanpa rasuah

Sudahlah yang melaungkan slogan maruah Melayu itu adalah mereka yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana dan kepentingan Melayu. Itu pun sudah menjadikan ramai semakin "tidak respek" dengan Melayu. Lebih membimbangkan, agama pula tidak dihormati hanya kerana agama dipergunakan oleh orang tertentu dalam sakiti slogan tersebut.

PAS pun sudah liberal?

Sebelum PAS berkawan dengan DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat (PR), dalam banyak syarahan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz PAS; mereka "memfatwakan" bahawa mengundi calon non Muslim adalah haram. Bagaimanapun beberapa tahun kemudian - apatah lagi semasa gabungan PR, bukan sekadar PAS menggunakan hujah agama untuk membolehkan mengundi calon non Muslim dari DAP, malah PAS sendiri telah menghantar individu non Muslim sebagai calon parti mereka.

Kenapa PAS, Umno tolak guna kalimah Ummah?

Menarik direnung, pada peringkat awal, ungkapan yang dipopularkan adalah "penyatuan Ummah". Tetapi, tidak semena-mena dua parti yang berorentasikan kaum dan agama itu memutuskan untuk menukar kepada ungkapan lain - Piagam Muafakat Nasional.

Syiah-Sunni dalam ruangan kebebasan

Malaysia boleh dikatakan antara negara yang memperuntukkan perbelanjaan agak tinggi untuk institusi Islam. Dengan peruntukan sebegitu, sewajarnya ia dimanfaatkan untuk membijakkan umat berkenaan Islam, bukan sekadar menunjukkan kuasa semata-mata.

Beralih pada produk berkualiti

Ketika kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain.

Ben Bayyah - teladan buat asatizah 'minyak tanah'

Keunikan masyarakat Malaysia ini, sewajarnya dianggap satu kebanggaan negara kita. Kita sebagai warganegara Malaysia perlu membuktikan kepada dunia bahawa kepelbagaian agama dan bangsa dalam negara ini tidak menjadikan kita berbalah, malah kita mampu duduk bersama-sama dengan harmoni, kasih sayang dan saling menghormati.

Kebebasan Berkepercayaan

Saya kira, semua aliran pemikiran dan mazhab, jika tidak diganggu dengan undang-undang, malahan dibiarkan bergerak secara persaingan hujah, ia boleh melahirkan kualiti beragama di Malaysia - beragama bukan sekadar ikut-ikut, tetapi beragama secara kefahaman dan penghujahan.

Produk Muslim Atau Produk Kualiti

Pada saat kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk Islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah bukan menyalahkan produk orang lain, tetapi mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain.

Agama anak bagi ibu bapa yang berbeza agama

Dijawab bahawa dua ibu bapa yang asalnya tidak beragama Islam adalah sandaran bagi asal agama bagi si anak. Dengan itu, apabila salah seorang ibu atau bapa itu memeluk Islam, maka status agama anak itu pada asalnya adalah masih tidak beragama Islam lagi.

Pesanan untuk Zakir Naik

Kita tidak boleh menafikan satu faktor penting - undang-undang negara ini membenarkan agama Islam disebarkan kepada non-muslim, sedangkan agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada muslim. Realiti ini sedikit sebanyak memberi unsur tidak puas hati kepada masyarakat non-muslim di Malaysia.

Tulisan Jawi: Ilmu atau Dakwah?

Memandangkan tulisan Jawi dianggap sebagai tulisan Islam, sewajarnya tulisan Jawi sekadar cadangan dan pilihan sahaja, bukan menjadi silibus wajib. Ia lebih bertepatan dengan prinsip al-Quran yang mengajar tiada paksaan dalam Islam.

Ilmu terbantut kerana ketakutan

Sebelum pencerahan Eropah, kelompok gereja memegang kuasa. Mereka menghalang sebarang penyebaran ilmu yang menyalahi pemikiran mereka. Bukan sekadar dengan kuasa, malah membina ketakutan. Kesannya, Eropah berada dalam kegelapan ilmu.