Pesanan untuk Zakir Naik
Kita tidak boleh menafikan satu faktor penting - undang-undang negara ini membenarkan agama Islam disebarkan kepada non-muslim, sedangkan agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada muslim. Realiti ini sedikit sebanyak memberi unsur tidak puas hati kepada masyarakat non-muslim di Malaysia.
Tulisan Jawi: Ilmu atau Dakwah?
Memandangkan tulisan Jawi dianggap sebagai tulisan Islam, sewajarnya tulisan Jawi sekadar cadangan dan pilihan sahaja, bukan menjadi silibus wajib. Ia lebih bertepatan dengan prinsip al-Quran yang mengajar tiada paksaan dalam Islam.
Ilmu terbantut kerana ketakutan
Sebelum pencerahan Eropah, kelompok gereja memegang kuasa. Mereka menghalang sebarang penyebaran ilmu yang menyalahi pemikiran mereka. Bukan sekadar dengan kuasa, malah membina ketakutan. Kesannya, Eropah berada dalam kegelapan ilmu.
Agama yang dibentuk kuasa?
Kadangkala saya berfikir bahawa kebenaran sukar tersebar hanya kerana penentuan sesuatu penafsiran itu datang dari orang yang berkuasa. Mempunyai bacaan dan penghujahan yang baik tidak akan ditampilkan sebagai kebenaran, kerana ada pihak yang mempunyai kuasa menghalang penafsiran yang berbeza dengan mereka.
Isytihar harta dari kaca mata Islam
Apa yang pasti, kenyataan Timbalan Presiden PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian itu, kononnya Nabi saw melarang harta dari dihebahkan - dengan itu dianggap dilarang amalan isytihar harta adalah dakwaan yang tidak mempunyai sumber yang benar – ia adalah Hadis palsu.
Antara Sentimen Dengan Kebenaran
Di Malaysia, perkara ini sudah menjadi sentimen. Permainan politik dari pihak yang tidak bertanggungjawab – menjadikannya sebagai sentimen agama dan perkauman, sehingga kebijaksanaan manusia tidak dapat dimanfaatkan.
Mengapa muslim marah dengan buka puasa di Gurdvara?
Tidak terdapat sebarang larangan dari teks al-Quran dan Hadis bagi muslim berbuka puasa di rumah ibadat non-muslim. Dalam perdebatan ulama Islam pun, bukan sekadar isu berbuka puasa, bahkan sebilangan besar dalam kalangan ulama Islam membenarkan muslim menunaikan solat dalam rumah ibadat non-muslim. Jika menunaikan solat pun dibenarkan, sudah pasti berbuka puasa yang lebih rendah tahapnya di sisi Tuhan – lagi-lagi ia dibenarkan.
Poligami: Dari mana, mahu ke mana?
Tidak dinafikan, al-Quran menegaskan prinsip keadilan dalam berpoligami. Tetapi, amat ramai yang berpoligami bukan dari kalangan yang mampu berlaku adil, sebaliknya mengabaikan kewajipan terhadap anak dan isteri.
Dari mana terorisme bermula?
Dengan berfikir secara kritis, seseorang itu beragama bukan lagi secara taqlid buta, tetapi melalui proses berfikir, dan menilai balik terhadap sebarang ungkapan dari agamawan. Apabila mereka boleh menilai, sudah pasti tindakan mereka akan berasaskan kepada kesan baik atau buruk, dengannya dapat mengurangkan keterlibatan mereka dengan pengganasan.
Isu Islam-Melayu: Ulangtahun pertama PH
Dari sudut persepsi pula, amat jelas PAS-UMNO berusaha mencipta gambaran kononnya kerajaan PH didominasi oleh DAP. Lebih dahsyat, persepsi yang direka ini diterima oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malah dari kalangan yang pernah memberi sokongan kepada PH.
Pesta Buku
Semasa saya berkunjung di Indonesia, saya mahu mencari bahan bacaan dalam bahasa Melayu berkenaan seni perang Sun Tzu, sejarah perang Hitler dan berkenaan agama Hindu. Bahan bacaan ini amat sukar didapati di Malaysia, tetapi amat mudah didapati, malah terdapat dalam banyak versi di Indonesia.
Islam dengan Monarki
Dari dua hujah wahyu ini, mereka menyimpulkan bahawa politik dalam Islam itu berdiri atas asas kelayakan, bukan berasaskan kepada keturunan. Dalam menghuraikan kelayakan, mereka meletakkan kepada dua asas, iaitu berkemampuan dan amanah. Ini disandarkan kepada beberapa ayat al-Quran, Surah Yusuf 12:55, Surah al-Qisas 28:26 dan Surah al-Baqarah 2:247.