Polemik isu kenaikan gaji wakil rakyat
Tidak segankah wakil rakyat merapu tanpa fakta dalam dewan? Apakah tiada sehiris rasa berdosa, apabila Exco mewakili rakyatnya untuk menikmati lauk-pauk yang enak-enak dalam keretapi tanpa mematuhi jarak fizikal, tatkala rakyat yang diwakilinya terpaksa merasai teh tarik dari paip air?
Keresahan Melayu: Dari akar umbi ke sang penguasa
Cuma, jarang-jarang kita berminat untuk membincangkan soal pembinaan sistem, semak-imbang dan sebagainya, bukan? Kita lebih senang dihasut, dengan mesej yang membakar emosi di media sosial, dan kemudian mengharapkan politikus untuk menghilangkan keresahan kita. Sedangkan, keresahan itu ditimbulkan oleh politikus yang resah dengan masa depan dirinya. Persoalannya, apakah harapan untuk sebuah negara yang diselubungi keresahan selama-lamanya?
Kekalutan politik pasca Langkah Sheraton
“Bukankah kerajaan yang ditubuhkan dengan ‘Langkah Sheraton’ itu berteraskan parti Melayu? Jadi, mengapa kekalutan politik tanah air tidak habis-habis lagi, sungguhpun lebih tujuh bulan kuasa pemerintahan berada dalam genggaman parti Melayu sepenuhnya?”
Apa masalah dengan SJK?
Pernahkah kita terfikir, bukankah antara insan yang menampilkan sifat kemanusiaan ini, juga berasal dari SJK? Jikalau mereka benar terasing daripada masyarakat tempatan sebagaimana yang dituduh, adakah mereka akan melakukan segala-gala ini? Bayangkan perasaan mereka, setelah dicurahkan kasih dan sayang terhadap manusia yang sama-sama berpijak di atas bumi ini, mengapa sekolah mereka masih dilontarkan label sebagai batu penghalang perpaduan?
Pilihan kita bukan pilihan kita
Data daripada kaji selidik yang sama, boleh dimanipulasikan untuk membentuk persepsi yang berbeza. Persoalannya, tajuk berita manakah yang lebih sensasi untuk menggoda “klik” netizen, tatkala “klik” menjadi antara kayu ukur untuk menentukan harga ruangan iklan di medianya? Atau, seandainya satu eksperimen dijalankan, dengan dua kandungan berita yang sama dibubuhkan tajuk yang berbeza seperti di atas, manakah yang lebih luas ditularkan di media sosial?
Transformasi Dong Zong II
Apapun, perubahan ini berlaku susulan tindak balas sesama kita. Jikalau usaha positifnya disambut baik, maka mereka lebih yakin untuk mengorak langkah seterusnya. Jikalau inisiatifnya disambut hambar, malah dibalas dengan sindiran, pimpinannya akan teragak-agak untuk terus maju.
Ulang tahun kelapan pemansuhan ISA
Inilah tragedi yang menimpa seorang bekas tahanan ISA, yang akhirnya rebah. Tragedi ini harus dijadikan iktibar, agar akta zalim seperti ISA tidak dihidupkan kembali. Manusia tidak harus menyeksa sesama manusia hanya kerana perbezaan jalur politik.
Norma baru politik
Di sini masalah politikus kita. Mereka bijak mencaturkan rampasan kuasa, tetapi kebijakannya tidak setimpal untuk mentadbir negara. Mereka ghairah menubuhkan parti baru, tetapi tidak pernah terlintas dalam otak untuk memikirkan bagaimana sistem pilihan raya boleh direka untuk berlaku adil kepada parti baru.
PH: Dulu, kini dan akan datang
Jikalau PH benar rasa bertanggungjawab ke atas pengundinya, mereka sepatutnya telah memuktamadkan satu senarai agenda yang bakal dilaksanakan, selepas kembali berkuasa buat kali kedua. Dasar bersama ini haruslah boleh dipertahankan dengan yakin, tanpa sehiris apologetik ketika berdepan dengan kelompok masyarakat yang berlainan.
Apa beza Bersatu dengan Umno?
Jikalau Muhyiddin Yassin memiliki kesabaran, bersikap rasional ketika memikirkan masa depan Bersatu, maka bukan sahaja Bersatu mampu menjenamakan partinya sebegitu, tetapi memposisikan dirinya sebagai parti Melayu yang cuba mentransformasikan politik Malaysia.
Jika benar PH kembali berkuasa
Persoalannya bukan sama ada kerajaan Muhyiddin Yassin boleh tumbang atau tidak, tetapi sejauh manakah kerajaan PH mampu bertahan, seandainya mereka merampas semula kuasa dari PN?
Transformasi yang terkandas
Muhyiddin terkandas. Bersatu terkandas. PH terkandas. Paling menyedihkan, transformasi Malaysia terkandas.